Langkau ke kandungan utama

5 Cara Penting Cetuskan Idea Penulisan

Masalah tidak mempunyai idea untuk menulis adalah masalah besar yang dihadapi oleh sebahagian besar penulis. Situasi ini juga dikenali sebagai writers block.
Ramai penulis yang tunggu ilham datang kepada mereka dengan serta merta? Gaya fikir seperti ini adalah berisiko. Kerana idea sukar datang jika kita sendiri tidak mencari.
Justeru itu, berikut adalah aktiviti-aktiviti yang dapat membantu kita untuk menarik lebih banyak idea-idea berkualiti dan memberikan tambah nilai yang tinggi pada pembaca.
  1. Luangkan masa 10 minit untuk membaca buku yang berkaitan dengan topik.
  2. Keluar dari rumah dan berjalan di sekitar kawasan.
  3. Hadir ke acara-acara yang berkaitan dengan industri.
  4. Berbual dengan para pembaca blog menerusi e-mel, social media dan sebagainya.
  5. Lihat ruangan komen blog dan persoalan yang bermain dalam fikiran pembaca.
Di antara kelima-lima teknik ini, saya lebih cenderung menggunakan teknik yang pertama, iaitu memperbanyakkan pembacaan bahan ilmiah seperti buku dan blog.
Membaca adalah alat untuk mencetuskan idea-idea hebat. Dalam masa sama, ia meningkatkan pemahaman kita terhadap sesuatu topik.
Untuk menjadi pakar bidang, sinergikan pembacaan dan penulisan. Maksudnya, apabila kita selesai membaca, kita menulis.
Lebih banyak kita membaca dan menulis, lebih banyak idea berjaya disebarkan.
Pembaca menilai bukan berdasarkan pembacaan kita. Tetapi mereka menilai berdasarkan olahan kita selepas membaca.
Justeru itu, kelima-lima poin ini adalah poin penting untuk mencetuskan lebih banyak idea penulisan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

6 Web Untuk Mempersingkat Link/URL

Apakah anda suka dengan situs microblogging yang popular saat ini yaitu twitter ?. Kita bisa berbagi status layaknya sms dan juga bisa mencantumkan link disana. Hanya saja…kita tidak bisa mengupdate status kita terlalu panjang karena di Twitter kita hanya bisa mengupdate status sebanyak 160 karakter saja ( seperti sms ). Apalagi jika anda ingin memberikan link pada update status anda, bisa-bisa karakter yang tersedia tidak mencukupi, apalgi jika link yang anda cantumkan sangat panjang. Oleh karena itu, diperlukan sebuah bantuan dari pihak ketiga yang memberikan layanan untuk menyingkat url yang panjang menjadi lebih pendek atau singkat, yang biasa disebut dengan  URL shortener services . Kita semua suka untuk memberi dan berbagi link ini web pada website yang berbeda. Banyak sekali link web ini sangat panjang sehingga menjadi sangat sulit untuk dibagi dan bahkan jika satu huruf atau angka yang salah maka seluruh link yang akan berguna sebagai link tersebut tidak akan terbuka. ...

Kisah Kejayaan Dayang Salhah Jutawan Senyap Kek Lapis Sarawak

Dayang Salhah Awang Weldan (48 tahun) selayaknya merangkul Anugerah Peladang Jaya Wanita sempena Perayaan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Negeri Sarawak yang berlangsung di Betong pada 31 Julai-2 Ogos tahun lalu, apabila beliau berjaya untuk meraih gelaran ‘jutawan senyap’ hanya menerusi projek kek lapis yang diusahakan-nya. Dayang Salhah memulakan projek Kek Lapis Sarawak secara kecil-kecilan di rumahnya sendiri di Kampung Gersik, Petra Jaya, Kuching sejak tahun 1997. Untuk mempelbagaikan hasilnya, selain membuat Kek Lapis Sarawak, beliau juga turut membuat ‘Swiss Roll’. Pada awalnya, Dayang Salhah hanya mempunyai 10 tenaga kerja yang membantunya dan kebanyakan mereka dari kalangan ahli keluarga dan saudara mara, sehinggalah tertubuhnya sebuah syarikat perniagaan pembuatan makanan. Suri rumah yang mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Gersik, Petra Jaya, Kuching dan kemudian melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Haji Openg, Petra Ja...

42 cara menjadi pakar dalam bidang pilihan anda

Bagaimana cara untuk anda ingin menjadi seorang pakar dalam bidang tertentu? Pakar bidang adalah seorang yang memberikan maklumat, nasihat dan bimbingan kepada mereka yang memerlukan, seperti melalui konsultasi, coaching, ceramah, seminar, ebook berbayar, kursus (workshop) dan sebagainya. Menjadi pakar terutama pada satu subjek/topik akan memudahkan orang mengenali dan mengingati kita dengan lebih mudah, berbanding mengetahui kesemua perkara tanpa ada satu pengkhususan. Selain itu, kita juga lebih mudah untuk membuat pembacaan dan kajian kerana hanya perlu memfokus pada satu topik sahaja.