Langkau ke kandungan utama

“Bekerja Dari Rumah: Kuasa Domain Dot Com Sendiri”

Laman web ialah antara alat yang paling penting dan perlu dimiliki oleh setiap freelancer yang bekerja dari rumah. Dan sekarang, memiliki sebuah domain dot com sendiri bukan lagi satu kemahuan tetapi keperluan. Jika anda bekerja bekerja dari rumah sebagai freelancer, mustahil anda akan keluar mempromosikan produk dan perkhidmatan anda. Sudah pasti pilihan utama untuk menjalankan perniagaan ialah melalui internet. Oleh itu, cara terbaik untuk mendapatkan pelanggan ialah dengan membuat prospek itu sendiri datang mencari anda dengan mewujudkan laman web perniagaan.
Harga untuk anda miliki sebuah domain lengkap dengan hosting juga boleh dikatakan murah. Di Malaysia sendiri sudah banyak penyedia hosting menawarkan harga serendah RM50 setahun. Anda hanya perlu rajinkan diri anda mencari perkhidmatan hosting menggunakan enjin carian seperti Google, Yahoo! dan MSN.
Tetapi mesti ramai yang mengeluh kerana terpaksa membayar yuran tahunan untuk kekalkan kewujudan domain dan laman web mereka. Dan saya tahu masih ramai yang gemar membina laman web dengan platform-platform laman web dan blog percuma seperti Blogger, WordPress.com, Tumblr, TypePad dan sebagainya. Tak perlu pun laburkan sehingga RM300 setahun untuk dapatkan domain dot com dan hosting tanpa had yang kononnya dianggap mahal berbanding domain yang boleh dimiliki secara percuma!
Tapi seelok-eloknya saya nasihatkan anda untuk tidak kedekut melabur sedikit wang demi perkembangan perniagaan di masa hadapan. Cuba fikirkan, berapa sangat yang anda perlu belanja setahun untuk memperbaharui langganan hosting dan domain dot com berbanding dengan keuntungan yang diperolehi dalam jangka masa panjang? Dan bukan sahaja domain dot com nampak professional tetapi membolehkan anda “memperagakan” nama perniagaan anda tanpa ada nama jenama lain bertenggek pada nama domain anda.
Jika ada firma atau orang perseorangan yang nak menggunakan khidmat seorang freelance writer, domain yang mana satu akan mereka klik dahulu?
Mungkin ada antara pembaca artikel ini masih baru berkenaan bekerja dari rumah dan kurang faham tentang kebaikan dan kelebihan menggunakan domain dot com sendiri. Saya akan kongsikan dengan anda tiga sebab utama kenapa anda perlu memiliki domain dot com sendiri: 

1. Domain Dikawal Sendiri Sepenuhnya
Berbeza dengan domain percuma seperti Blogger dan WordPress.com, domain dot com sendiri membolehkan anda mengawal penggunaannya. Contohnya jika anda mahu gunakan domain itu untuk laman web statik atau HTML, anda hanya perlu muat naik fail dan segalanya siap. Sama juga jika anda nak gunakan CMS seperti WordPress.org, Joomla, Drupal dan OS Commerce. 

2. Penjenamaan Perniagaan
Bayangkan jika anda memberi perkhidmatan katering majlis perkahwinan dan anda sudah mempunyai rangkaian pelanggan. Mereka pula ingin memperkenalkan perniagaan anda kepada rakan-rakan mereka secara online kerana servis anda sangat bagus. Kebetulan pula ada perniagaan lain yang namanya hampir sama dengan perniagaan anda. Bagaimana pelanggan nak pastikan yang mereka merujuk pada domain dot com yang betul? Itulah logiknya memiliki domain dot com sendiri agar anda boleh mendapat nama domain yang unik dan lain dari pesaing-pesaing anda. 

3. Hak Milik Mutlak
Domain dot com di dalam Internet dilihat sebagai satu hak milik mutlak atau harta mutlak online anda jika ia didaftarkan atas nama anda atau nama perniagaan anda. Ia juga membezakan perniagaan anda dengan pesaing-pesaing anda. Dan jika anda ingin menjualnya semula ke dalam pasaran kerana perniagaan anda memerlukan nama lain disebabkan oleh kemajuan atau gabungan dengan perniagaan lain, anda yang akan mendapat keuntungan dari jualan domain tersebut. Ramai yang berjaya mengaut keuntungan berlipat ganda daripada jualan domain sahaja.

Bagaimana Memilih Domain Dot Com Sendiri?

1. Senaraikan Domain Dot Com Pilihan – Sediakan sekurang-kurangnya dua atau tiga pilihan domain

2. Semak Kewujudan Domain – Jika pilihan domain dot com pertama anda sudah dimiliki orang lain, cuba dapatkan domain pilihan kedua atau ketiga. Jika anda masih ingin memiliki domain yang sudah dimiliki, hubungi pemilik domain berkenaan dan berbincang dengan mereka.

3. Pilih Dengan Tepat – Domain yang anda akan beli melambangkan diri atau perniagaan anda. Selain itu, anda harus ambil kira penggunaan nama yang mudah diingati oleh pelanggan. Elak dari menggunakan tanda sempang (-), nombor (kecuali termasuk dalam nama perniagaan), ejaan pelik-pelik, atau yang tiada kaitan dengan identiti perniagaan atau identiti anda sendiri.

Disini saya menggalakkan anda untuk mendaftar domain dari NetKL kerana harganya murah dan berpatutan. Untuk maklumat lanjut sila Klik Disini.

Jika anda ada masalah memilih nama domain, anda boleh ajukan soalan di ruangan komen. InsyaAllah saya akan cuba jawab pertanyaan anda sebaik mungkin. Terima kasih.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

6 Web Untuk Mempersingkat Link/URL

Apakah anda suka dengan situs microblogging yang popular saat ini yaitu twitter ?. Kita bisa berbagi status layaknya sms dan juga bisa mencantumkan link disana. Hanya saja…kita tidak bisa mengupdate status kita terlalu panjang karena di Twitter kita hanya bisa mengupdate status sebanyak 160 karakter saja ( seperti sms ). Apalagi jika anda ingin memberikan link pada update status anda, bisa-bisa karakter yang tersedia tidak mencukupi, apalgi jika link yang anda cantumkan sangat panjang. Oleh karena itu, diperlukan sebuah bantuan dari pihak ketiga yang memberikan layanan untuk menyingkat url yang panjang menjadi lebih pendek atau singkat, yang biasa disebut dengan  URL shortener services . Kita semua suka untuk memberi dan berbagi link ini web pada website yang berbeda. Banyak sekali link web ini sangat panjang sehingga menjadi sangat sulit untuk dibagi dan bahkan jika satu huruf atau angka yang salah maka seluruh link yang akan berguna sebagai link tersebut tidak akan terbuka. ...

Kisah Kejayaan Dayang Salhah Jutawan Senyap Kek Lapis Sarawak

Dayang Salhah Awang Weldan (48 tahun) selayaknya merangkul Anugerah Peladang Jaya Wanita sempena Perayaan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Negeri Sarawak yang berlangsung di Betong pada 31 Julai-2 Ogos tahun lalu, apabila beliau berjaya untuk meraih gelaran ‘jutawan senyap’ hanya menerusi projek kek lapis yang diusahakan-nya. Dayang Salhah memulakan projek Kek Lapis Sarawak secara kecil-kecilan di rumahnya sendiri di Kampung Gersik, Petra Jaya, Kuching sejak tahun 1997. Untuk mempelbagaikan hasilnya, selain membuat Kek Lapis Sarawak, beliau juga turut membuat ‘Swiss Roll’. Pada awalnya, Dayang Salhah hanya mempunyai 10 tenaga kerja yang membantunya dan kebanyakan mereka dari kalangan ahli keluarga dan saudara mara, sehinggalah tertubuhnya sebuah syarikat perniagaan pembuatan makanan. Suri rumah yang mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Gersik, Petra Jaya, Kuching dan kemudian melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Haji Openg, Petra Ja...

42 cara menjadi pakar dalam bidang pilihan anda

Bagaimana cara untuk anda ingin menjadi seorang pakar dalam bidang tertentu? Pakar bidang adalah seorang yang memberikan maklumat, nasihat dan bimbingan kepada mereka yang memerlukan, seperti melalui konsultasi, coaching, ceramah, seminar, ebook berbayar, kursus (workshop) dan sebagainya. Menjadi pakar terutama pada satu subjek/topik akan memudahkan orang mengenali dan mengingati kita dengan lebih mudah, berbanding mengetahui kesemua perkara tanpa ada satu pengkhususan. Selain itu, kita juga lebih mudah untuk membuat pembacaan dan kajian kerana hanya perlu memfokus pada satu topik sahaja.