Langkau ke kandungan utama

Wajah Dirakam Bertukar Ngeri


IPOH – Seorang pemandu lori tidak sangka gambar yang dirakam untuk kenangan menjadi sebaliknya apabila muncul lembaga berambut panjang menggantikan wajah adiknya.

Menceritakan kejadian pada malam Jumaat minggu lalu, La’aba Lata, 38, berkata, gambar tersebut dirakam atas permintaan adiknya, Belly Lata,22, untuk mengabadikan perkataan ‘IPOH’ sebelum pulang ke Sabah.

Menurutnya, gambar tersebut dirakam pada jam 9.30 malam di Jalan Kuala Kangsar bersebelahan dengan Kawasan Pelancongan dan Rekreasi Gunung Lang.
“Ketika merakamkan gambar, saya tidak nampak apa-apa namun, ketika Belly memeriksa kamera digital dalam kenderaan, dia terus menjerit sambil kata tidak mahu lihat lagi.

“Mulanya saya berasa pelik.
Setelah melihat dengan mata sendiri, kami lihat lembaga perempuan berambut panjang seolah-olah mahu terkam adik.

“Dalam gambar itu, wajah adik tidak kelihatan langsung,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di sini, semalam.

La’aba berkata, mereka juga turut diganggu sepanjang malam selepas tiba di rumah di Taman Chepor Impian.

“Saya pernah dengar kawasan tersebut tidak sesuai untuk anak-anak kecil kerana sering diganggu sehingga menangis tapi tak sangka, saya pula yang terkena.

“Namun, malam tersebut, rumah kami pula diganggu dengan bunyi orang berjalan di atas bumbung selain bunyi orang buka pintu. Nasib baik, kami diganggu malam itu sahaja,” katanya.

Katanya, semua rakan yang melihat gambar tersebut berasa terkejut dengan imej wajah lembaga tersebut yang jelas kelihatan apabila dibesarkan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

6 Web Untuk Mempersingkat Link/URL

Apakah anda suka dengan situs microblogging yang popular saat ini yaitu twitter ?. Kita bisa berbagi status layaknya sms dan juga bisa mencantumkan link disana. Hanya saja…kita tidak bisa mengupdate status kita terlalu panjang karena di Twitter kita hanya bisa mengupdate status sebanyak 160 karakter saja ( seperti sms ). Apalagi jika anda ingin memberikan link pada update status anda, bisa-bisa karakter yang tersedia tidak mencukupi, apalgi jika link yang anda cantumkan sangat panjang. Oleh karena itu, diperlukan sebuah bantuan dari pihak ketiga yang memberikan layanan untuk menyingkat url yang panjang menjadi lebih pendek atau singkat, yang biasa disebut dengan  URL shortener services . Kita semua suka untuk memberi dan berbagi link ini web pada website yang berbeda. Banyak sekali link web ini sangat panjang sehingga menjadi sangat sulit untuk dibagi dan bahkan jika satu huruf atau angka yang salah maka seluruh link yang akan berguna sebagai link tersebut tidak akan terbuka. ...

Cara Menghantar SMS Dengan Hanya Sekali KLIK Kepada Beribu Penerima

Salam sejahtera buat pembaca sekalian. Kali ni saya akan kongsikan kepada anda satu cara mudah dan ringkas bagi anda yang sedang menjalankan pelbagai jenis perniagaan iaitu dengan cara menghantar SMS. Ianya adalah salah satu cara anda mempromosikan produk anda dan cara menarik pelanggan mengetahui tentang produk yang anda miliki. Cara ini ringkas dan cepat dengan hanya sekali klik sahaja anda mampu menghantar ke semua pelanggan anda. Anda mungkin tidak percaya dengan sistem ini tapi percayalah hanya dengan satu klik anda mampu menghantar ke semua pelanggan dengan mudah.              Sebelum terlupa, saya ingin bagitahu kepada anda bahawa sistem ini adalah sistem BulkSMS . Apa itu bulk sms? 1)     Bulk SMS merupakan satu sistem yang digunakan untuk menghantar dan menerima pesanan ringkas (SMS), Khidmat Pesanan Multimedia (MMS), WAP Push, SMS/MMS Broadcast, Flash Message dan bermacam-macam lagi secara onl...
Terima kasih kerana mendaftar untuk mendapatkan cara untuk melariskan perniagaan anda. Nantikan emel kami seterusnya nanti..