Langkau ke kandungan utama

11 Golongan Manusia Yang Didoakan Oleh Malaikat


1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: “Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci.”


2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: ‘Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.’”

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan.”

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf.”

5. Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Jika seorang imam membaca…(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu ‘aamiin’ kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu.”

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat.”

7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal.
“Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: “Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?”
Mereka menjawab: ‘Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.’”

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata ‘aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.’”



9. Orang yang membelanjakan harta (infak).
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: ‘Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak…’ ”

10. Orang yang sedang makan sahur.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur.”

11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh.”
Itulah antara mereka yang mendapat doa malaikat. Semoga kita termasuk dan tersenarai sama.

Wallahualam.

Ulasan

Blogger berkata…
Do this hack to drop 2lb of fat in 8 hours

Over 160k men and women are losing weight with a simple and SECRET "liquids hack" to drop 2lbs each night in their sleep.

It's simple and it works with anybody.

This is how you can do it yourself:

1) Go get a clear glass and fill it half the way

2) And then learn this proven hack

and become 2lbs lighter as soon as tomorrow!

Catatan popular daripada blog ini

6 Web Untuk Mempersingkat Link/URL

Apakah anda suka dengan situs microblogging yang popular saat ini yaitu twitter ?. Kita bisa berbagi status layaknya sms dan juga bisa mencantumkan link disana. Hanya saja…kita tidak bisa mengupdate status kita terlalu panjang karena di Twitter kita hanya bisa mengupdate status sebanyak 160 karakter saja ( seperti sms ). Apalagi jika anda ingin memberikan link pada update status anda, bisa-bisa karakter yang tersedia tidak mencukupi, apalgi jika link yang anda cantumkan sangat panjang. Oleh karena itu, diperlukan sebuah bantuan dari pihak ketiga yang memberikan layanan untuk menyingkat url yang panjang menjadi lebih pendek atau singkat, yang biasa disebut dengan  URL shortener services . Kita semua suka untuk memberi dan berbagi link ini web pada website yang berbeda. Banyak sekali link web ini sangat panjang sehingga menjadi sangat sulit untuk dibagi dan bahkan jika satu huruf atau angka yang salah maka seluruh link yang akan berguna sebagai link tersebut tidak akan terbuka. ...

Kisah Kejayaan Dayang Salhah Jutawan Senyap Kek Lapis Sarawak

Dayang Salhah Awang Weldan (48 tahun) selayaknya merangkul Anugerah Peladang Jaya Wanita sempena Perayaan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Negeri Sarawak yang berlangsung di Betong pada 31 Julai-2 Ogos tahun lalu, apabila beliau berjaya untuk meraih gelaran ‘jutawan senyap’ hanya menerusi projek kek lapis yang diusahakan-nya. Dayang Salhah memulakan projek Kek Lapis Sarawak secara kecil-kecilan di rumahnya sendiri di Kampung Gersik, Petra Jaya, Kuching sejak tahun 1997. Untuk mempelbagaikan hasilnya, selain membuat Kek Lapis Sarawak, beliau juga turut membuat ‘Swiss Roll’. Pada awalnya, Dayang Salhah hanya mempunyai 10 tenaga kerja yang membantunya dan kebanyakan mereka dari kalangan ahli keluarga dan saudara mara, sehinggalah tertubuhnya sebuah syarikat perniagaan pembuatan makanan. Suri rumah yang mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Gersik, Petra Jaya, Kuching dan kemudian melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Haji Openg, Petra Ja...

Tips Pemasaran Online Berkesan

  tips pemasaran online, bina kreabiliti, imej dan kualiti produk anda. Airbus misalnya telah membina imej yang baik ke seluruh dunia, melalui promosi, video, seminar, pameran dan sebagainya.   Salam buat pembaca. Untuk orang baru dalam bidang ini, mereka akan mencari-cari apakah  teknik pemasaran online yang berkesan, apa kaedah pemasaran online yang akan digunakan. Untuk yang baru dalam bidang ini atau mereka yang sedang mencari cari teknik dan medium pemasaran apa yang akan digunakan, berikut saya beri tips yang mungkin sesuai untuk anda cuba: TIPS PEMASARAN ONLINE 1)     Bina kreabiliti dan imej anda dahulu. Tonjolkan imej dan kreadilibili anda melalui web anda, blog anda dan facebook. Cerita mengenai anda, pengalaman anda, latarbelakang anda dan produk menarik anda. Imej anda penting bagi menyakin pembeli dan pelanggan anda. 2)     Cari produk yang berkualiti dengan harga berpatutan. 3)     ...