Langkau ke kandungan utama

Usahawan Internet vs Internet Marketer


Salam buat pembaca. Usahawan Internet (Internet Entrepreneur – IE -) adalah pemilik bisnes yang meniagakan sesuatu produk di Internet. Mereka ini tidak semestinya perlu melakukan usaha promosi sendiri-sendiri. Mereka mungkin menggunakan staf sendiri atau freelancer. Atau dalam kata lain, mereka ini adalah usahawan (tidak perlu disebut Internet di belakangnya).

Internet Marketer (pemasar internet) pula adalah mereka yang melakukan sesuatu usaha promosi dan pemasaran di Internet, sama ada untuk produk sendiri atau produk orang lain. Mereka ini biasanya pakar atau fokus paling kurang pada satu teknik pemasaran.
Usahawan internet tidak semestinya seorang Internet Marketer, tetapi
<!-- Teruskan membaca -->seorang Internet Marketer pula adalah seorang usahawan internet. Seseorang usahawan Internet boleh melakukan sendiri pemasaran di Internet, atau menggunakan khidmat oleh Internet Marketer yang lebih pakar dalam satu-satu teknik.

Usahawan internet biasanya tidak memfokus menjadi pakar dalam satu-satu teknik promosi atau pemasaran, atau langsung tidak tahu. Manakala Internet Marketer adalah sebaliknya. Mereka lebih kepada aktif dalam aktiviti perniagaan.
Akibat daripada salah faham kebanyakan orang, jika seseorang usahawan internet itu tidak pakar dalam satu-satu teknik promosi (seperti SEO dan copywriting), lantas mereka dikatakan “tidak hebat”. Bagi saya, perkara ini hanya berlaku dalam niche Internet Marketing (IM) sahaja dan tidak dalam niche lain.

Jika dalam niche IM, sudah pasti seseorang Internet Marketer itu perlu mahir walau tidak pakar sepenuhnya terhadap topik yang dibicarakan. Berbeza dalam niche lain, teknik promosi, pakar atau tidak, itu semua tidak akan diperbincangkan oleh orang lain terhadap usahawan internet itu.

Manakala, tidak semua Internet Marketer mampu mengajar atau membantu semua jenis usahawan. Ada Internet Marketer yang GAGAL dalam menjual produk fizikal, tetapi hebat dalam menjual produk digital, atau mengenai niche kepakaran mereka.

Kesimpulan
Usahawan Internet adalah mereka yang lebih fokus kepada penjualan, membina empayar bisnes, keuntungan dan pengurusan perniagaan. Manakala Internet Marketer lebih fokus kepada pencarian dan pemerkasaan (menjadi pakar) dalam satu-satu teknik Internet Marketing.


Usahawan Internet tidak perlu menjadi pakar dalam satu-satu cara promosi, sebaliknya hanya perlu melakukan perkara yang betul dan berkesan. Internet Marketer lebih banyak menghabiskan masa untuk menghasilkan satu formula pemasaran yang berkesan, manakala usahawan pula hanya perlu menggunakan formula yang telah siap sahaja.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

6 Web Untuk Mempersingkat Link/URL

Apakah anda suka dengan situs microblogging yang popular saat ini yaitu twitter ?. Kita bisa berbagi status layaknya sms dan juga bisa mencantumkan link disana. Hanya saja…kita tidak bisa mengupdate status kita terlalu panjang karena di Twitter kita hanya bisa mengupdate status sebanyak 160 karakter saja ( seperti sms ). Apalagi jika anda ingin memberikan link pada update status anda, bisa-bisa karakter yang tersedia tidak mencukupi, apalgi jika link yang anda cantumkan sangat panjang. Oleh karena itu, diperlukan sebuah bantuan dari pihak ketiga yang memberikan layanan untuk menyingkat url yang panjang menjadi lebih pendek atau singkat, yang biasa disebut dengan  URL shortener services . Kita semua suka untuk memberi dan berbagi link ini web pada website yang berbeda. Banyak sekali link web ini sangat panjang sehingga menjadi sangat sulit untuk dibagi dan bahkan jika satu huruf atau angka yang salah maka seluruh link yang akan berguna sebagai link tersebut tidak akan terbuka. ...

Kisah Kejayaan Dayang Salhah Jutawan Senyap Kek Lapis Sarawak

Dayang Salhah Awang Weldan (48 tahun) selayaknya merangkul Anugerah Peladang Jaya Wanita sempena Perayaan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Negeri Sarawak yang berlangsung di Betong pada 31 Julai-2 Ogos tahun lalu, apabila beliau berjaya untuk meraih gelaran ‘jutawan senyap’ hanya menerusi projek kek lapis yang diusahakan-nya. Dayang Salhah memulakan projek Kek Lapis Sarawak secara kecil-kecilan di rumahnya sendiri di Kampung Gersik, Petra Jaya, Kuching sejak tahun 1997. Untuk mempelbagaikan hasilnya, selain membuat Kek Lapis Sarawak, beliau juga turut membuat ‘Swiss Roll’. Pada awalnya, Dayang Salhah hanya mempunyai 10 tenaga kerja yang membantunya dan kebanyakan mereka dari kalangan ahli keluarga dan saudara mara, sehinggalah tertubuhnya sebuah syarikat perniagaan pembuatan makanan. Suri rumah yang mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Gersik, Petra Jaya, Kuching dan kemudian melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Haji Openg, Petra Ja...

42 cara menjadi pakar dalam bidang pilihan anda

Bagaimana cara untuk anda ingin menjadi seorang pakar dalam bidang tertentu? Pakar bidang adalah seorang yang memberikan maklumat, nasihat dan bimbingan kepada mereka yang memerlukan, seperti melalui konsultasi, coaching, ceramah, seminar, ebook berbayar, kursus (workshop) dan sebagainya. Menjadi pakar terutama pada satu subjek/topik akan memudahkan orang mengenali dan mengingati kita dengan lebih mudah, berbanding mengetahui kesemua perkara tanpa ada satu pengkhususan. Selain itu, kita juga lebih mudah untuk membuat pembacaan dan kajian kerana hanya perlu memfokus pada satu topik sahaja.