Langkau ke kandungan utama

4 Penulis Ebook Terkaya Di Dunia (Salah Seorang Adalah Jutawan)

Apabila dua syarikat besar, Google dan Amazon mengumumkan mereka akan menubuhkan dua syarikat penerbitan digital, yang diberi nama Google Bookstore dan Amazon Kindle Ebook Store, ini sekaligus menjelaskan potensi perniagaan ebook semakin mendapat perhatian yang menyeluruh.
Situasi ini turut berlaku di Malaysia. Menerusi penubuhan satu lagi syarikat baru di bawah kendalian Flarebiz Network, iaitu Educattic Mind yang fokus bisnesnya adalah menerbitkan produk-produk informasi digital, khususnya ebook.
Sebagai seorang penulis yang mempunyai sedikit pengalaman, menerbitkan ebook bersama Educattic Mind, ia merupakan satu berita gembira bagi penulis kerana syarikat ini menyediakan kemudahan seperti penerbit buku. Antaranya adalah reka bentuk desain kaver ebook, penyediaan laman web jualan, domain dan hosting serta pelbagai lagi.

Kisah 4 Orang Penulis Ebook Bakal Menggerakkan Momentum Si Penulis
Entri ini akan membantu tuan dan puan, untuk mendapatkan motivasi dan inspirasi, daripada 4 orang individu yang sudah memperoleh kejayaan dengan hanya menulis ebook. Mereka ini terdiri daripada orang-orang biasa, yang mempunyai keinginan dan azam yang kuat untuk menulis.

Berdasarkan kajian yang dibuat oleh penulis, maklumat yang bakal tuan dan puan baca ini adalah berdasarkan sumber yang boleh dipercayai kesahihannya. Malah berdasarkan sumber ini, kami mendapati salah seorang daripada penulis ebook ini sudah mencapai status jutawan.

Tanpa melengahkan masa lagi, mari kita sama-sama mengetahui seorang demi seorang, yang berjaya menjana pendapatan lumayan dengan ebook.
<!-- Teruskan membaca --> 
Penulis #1 – Barry Eisler

Barry Eisler merupakan bekas penulis novel seram bestseller John Rain yang diterbitkan oleh Penguin Putnam dan Ballentine. Oleh kerana ada sedikit salah faham antara penulis dan penerbit, beliau membuat keputusan untuk menulis ebook dan menjualnya di internet.
Ketika itu, Barry hanya didedahkan dengan Amazon Kindle Ebook Store sahaja. Tanpa berfikir panjang, beliau membuat keputusan untuk menjualnya dan bersetuju untuk menerima royalti sebanyak 14.9%.
Hasil daripada karya-karya yang beliau tulis menerusi ebook, Barry berjaya menjana pendapatan sekitar RM3,000 (USD1,000) hingga RM4,560 (USD1,500) secara konsisten setiap bulan.
Jumlah pendapatan kasar tahunan Barry Eisler: RM36,000

Penulis #2 – J.A Konrath

Sama seperti Barry Eisler, J.A Konrath juga merupakan seorang penulis novel seram yang berasal dari Schaumburg. Pada usia 41 tahun, beliau menjadikan Kindle Store sebagai medium untuk menjual ebook.
Sehingga hari ini, J.A Konrath sudah mempunyai sebanyak 40 ebook yang dijual menerusi Kindle. Kebanyakannya adalah genre fiksyen, khususnya novel seram. Berdasarkan sumber yang boleh dipercayai, jualan keseluruhan ebook beliau sehingga 24 April 2011, mencecah 285,111 unit.
Ini sekaligus mencatatkan jumlah pendapatan beliau pada tahun ini sekitar RM206,836 (USD68,000).
Jumlah pendapatan kasar tahunan J.A Konrath: RM206,836
  

Penulis #3 – John Locke

Selain daripada menulis novel, penulis yang berusia 60 tahun ini juga merupakan seorang yang aktif dalam pelaburan hartanah. John Locke juga dikenali sebagai penulis novel seram dalam senarai Kindle Bestseller tahun 2010.
Dalam satu laporan menyatakan, 5 ebook John Locke sering berada dalam carta Top 10 untuk jangka masa yang lama. Beliau juga seorang yang berani menjual ebook dengan harga yang tinggi, berbanding penulis ebook yang lain. Harga ebook beliau yang dijual biasanya sekitar USD0.35.
Sehingga tahun 2011, laporan di Wall Street Journal menyatakan jualan ebook John Locke kini mencecah sebanyak 369,000 unit. John juga turut memberi kenyataan dimana pendapatan yang beliau peroleh, dengan menjual ebook menggunakan Kindle Bookstore adalah sekitar RM383,260 (USD126,000).
Jumlah pendapatan kasar tahunan John Locke: RM383,260

Penulis #4 – Amanda Hocking (Beliau Adalah Jutawan Ebook)

Kisah Amanda Hocking lebih banyak didedahkan oleh pelbagai pihak media, berbanding penulis ebook lain. Tuan dan puan boleh baca perjalanan beliau menghadapi kegagalan demi kegagalan, bersama penerbit di New York menerusi pautan di bawah:
Amanda Hocking merupakan seorang penulis yang berusia 26 tahun, dan berasal dari Austin Minn. Genre penulisan beliau adalah paranormal romance, iaitu gabungan elemen romantik, fantasi dan seram). Jika di Malaysia, genre ini dapat dilihat menerusi filem sekuel Twilight.
Sehingga kini, Amanda sudah mempunyai 9 ebook yang dijual menerusi Kindle Store. Apa yang menarik tentang kisah Amanda ini, dalam masa satu tahun sahaja (Mac 2010 hingga Mac 2011), ebook beliau berjaya dijual sebanyak 1 juta unit.
Ini sekaligus memberikan beliau pendapatan sekitar RM4,566,751 (USD1.5 juta) hingga RM6 juta (USD2 juta) setahun.
Jumlah pendapatan kasar tahunan Amanda Hocking: RM6,000,000 setahun.

Apakah Persamaan Ketara Keempat-empat Penulis Ebook Ini?

Berdasarkan pemerhatian dan kajian yang telah dilakukan, kami dapati terdapat 4 ciri persamaan yang terdapat dalam diri keempat-empat penulis hebat ini. Antaranya adalah:
  1. Mereka menggunakan medium Kindle Store – Meskipun Kindle masih belum membuka penyertaan untuk para penulis di Malaysia, kita boleh menerbitkan ebook-ebook bersama syarikat Educattic Mind.
  2. Mereka menulis novel fiksyen, genre seram (thriller) – Kebanyakan penulis ebook di Malaysia masih lagi berpendapat genre-genre fiksyen tidak akan mendapat sambutan. Namun di Amerika Syarikat dan negara eropah lain, ebook genre fiksyen sudah berjaya memberikan pendapatan lumayan pada penerbit dan penulis.
  3. Mereka bijak memilih penerbit – Keempat-empat penulis ini tidak menerbitkan ebook dengan sendiri. Mereka mengambil royalti berdasarkan jualan yang dihasilkan oleh pihak penerbit.
  4. Mereka berjaya setelah menempuh pelbagai dugaan – Ini boleh diambil daripada kisah Amanda Hocking. Beliau pernah dicemuh oleh beberapa penerbit, kerana mereka berpendapat novel yang ditulis mustahil boleh dijual. Namun Amanda membuktikannya dengan jumlah jualan ebook mencecah 1 juta unit dalam masa kurang satu tahun.
Bagi tuan dan puan ingin mempelajari tentang selok belok bisnes ebook, dapatkan ebook ‘Buat Duit Dengan Menulis’ hari ini. Ia adalah sebuah panduan komprehensif dan praktikal, yang ditulis oleh Shamsuriyadi.




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

6 Web Untuk Mempersingkat Link/URL

Apakah anda suka dengan situs microblogging yang popular saat ini yaitu twitter ?. Kita bisa berbagi status layaknya sms dan juga bisa mencantumkan link disana. Hanya saja…kita tidak bisa mengupdate status kita terlalu panjang karena di Twitter kita hanya bisa mengupdate status sebanyak 160 karakter saja ( seperti sms ). Apalagi jika anda ingin memberikan link pada update status anda, bisa-bisa karakter yang tersedia tidak mencukupi, apalgi jika link yang anda cantumkan sangat panjang. Oleh karena itu, diperlukan sebuah bantuan dari pihak ketiga yang memberikan layanan untuk menyingkat url yang panjang menjadi lebih pendek atau singkat, yang biasa disebut dengan  URL shortener services . Kita semua suka untuk memberi dan berbagi link ini web pada website yang berbeda. Banyak sekali link web ini sangat panjang sehingga menjadi sangat sulit untuk dibagi dan bahkan jika satu huruf atau angka yang salah maka seluruh link yang akan berguna sebagai link tersebut tidak akan terbuka. Jadi

Tanggungjawab Suami Isteri Dalam Perkahwinan

  Islam telah meletakkan landasan yang jelas terhadap sesebuah ikatan  perkahwinan , iaitu pembinaannya mestilah di atas asas agama, bukannya nafsu semata-mata. Oleh itu,rumahtangga yang harmoni dan bahagia akan terbentuk melalui rasa tanggungjawab masing-masing dengan sempurna, kerana perkahwinan yang diikat melalui akad perkahwinan bertujuan membentuk peribadi dan mengajak pasangan tersebut supaya berkongsi pendapat, masa, cara hidup untuk sama-sama menunaikan tanggungjawab masing-masing kearah keluarga yang bahagia. Keluarga yang baik dan harmoni akan dapat melahirkan masyarakat yang baik juga, melalui proses pembentukan peribadi dan jiwa anak-anak, yang mana semua itu bermula daripada sebuah keluarga. Masyarakat dan negara tidak akan maju dan tidak sempurna jika ahli keluarga yang mendiami sesebuah negara itu pincang. Justeru itulah, rumahtangga yang aman dan harmoni dapat dicapai melalui kerjasama dan tanggungjawab yang baik sesama mereka, seperti berkasih sayang, saba

Cara Menghantar SMS Dengan Hanya Sekali KLIK Kepada Beribu Penerima

Salam sejahtera buat pembaca sekalian. Kali ni saya akan kongsikan kepada anda satu cara mudah dan ringkas bagi anda yang sedang menjalankan pelbagai jenis perniagaan iaitu dengan cara menghantar SMS. Ianya adalah salah satu cara anda mempromosikan produk anda dan cara menarik pelanggan mengetahui tentang produk yang anda miliki. Cara ini ringkas dan cepat dengan hanya sekali klik sahaja anda mampu menghantar ke semua pelanggan anda. Anda mungkin tidak percaya dengan sistem ini tapi percayalah hanya dengan satu klik anda mampu menghantar ke semua pelanggan dengan mudah.              Sebelum terlupa, saya ingin bagitahu kepada anda bahawa sistem ini adalah sistem BulkSMS . Apa itu bulk sms? 1)     Bulk SMS merupakan satu sistem yang digunakan untuk menghantar dan menerima pesanan ringkas (SMS), Khidmat Pesanan Multimedia (MMS), WAP Push, SMS/MMS Broadcast, Flash Message dan bermacam-macam lagi secara online . Selain itu bulk SMS juga dapat menghantar pesanan ringkas secara puk