Langkau ke kandungan utama

Kenapa Minisite Amat Penting Untuk Bisnes


bagaimana untuk menghasilkan minisite yang mesra seo

Terdapat banyak strategi boleh digunakan untuk mengiklankan produk anda di Internet. Antara opsyen yang boleh diterima pakai ialah membuat “banner” pengiklanan, mengatur kempen pemasaran email, dan secara bijaksananya menyatakan perihal produk anda dalam forum, juga mungkin peti pesanan (message board) industri yang berkenaan. Pemasaran di Internet juga melibatkan penciptaan dan pengiklanan minisite bagi tujuan mempromosi produk anda
<!-- Teruskan membaca -->.

Anda boleh menggunakan minisites ini dengan pelbagai cara, antaranya:
1. Menyalurkan lebih maklumat dan informasi tentang produk anda dan servis yang ditawarkan.
2. Memberi tahu bagaimana bakal pelanggan dapat menghubungi anda.
3. Menjual produk dan servis anda melalui minisites ini.


Melalui artikel ini, anda akan didedahkan pada kepentingan menggunakan minisite bagi tujuan pemasaran produk dan juga beberapa garis kasar tentang bagaimana minisite ini sangat membantu.

Salah satu faedah menggunakan minisite untuk memasarkan produk anda di internet ialah anda dapat memaparkan penerangan dengan lebih jelas mengenai produk anda beserta gambar. Mengapa ini penting? Ini kerana kebanyakan pengguna dan bakal pelanggan menggunakan internet untuk mencari produk yang diingini kerana ia lebih senang dan memudahkan berurusan dalam talian. Sekiranya anda menawarkan perkhidmatan secara online sudah tentu pengguna itu tadi akan cenderung memilih produk anda berbanding pesaing anda yang tidak mengiklankan produk mereka di Internet.
Seterusnya, anda bukan hanya sekadar dapat membuat pasaran malahan secara tidak langsung menjual produk secara terus kepada pelanggan. Sekali lagi, anda telah mendapat kelebihan daripada persaingan secara terus.
Kebiasaannya, pengguna yang menggunakan Internet untuk mencari produk yang diingini lebih teruja untuk membuat pembelian dan cenderung memilih peruncit (retailer) dan penjual produk yang menawarkan perkhidmatan jual-beli secara dalam talian (online) berbanding mereka yang hanya membenarkan jualan dalam gudang (in store purchase) atau melalui telefon.

Faedah yang selanjutnya yang dapat dilihat daripada pemasaran produk melalui minisites ialah kebolehan perniagaan anda menembusi pasaran global atau serata dunia. Umum mengetahui, Internet tiada batasan dan sekatan. Ini bermakna mengiklankan sesuatu produk di minisite membolehkan penjual produk yakni anda, memberi saingan kepada para pesaing di merata tempat di dunia. Selain itu juga mampu meningkatkan daya saing sesama sendiri di kalangan pemasar peringkat tempatan. Strategi pengiklanan melalui medium yang lain seperti televisyen, radio dan media cetak hanya mampu mencapai pasaran yang terhad, terbatas dan tidak tentu kerana mungkin hanya dapat menggapai potensi pelanggan dalam kuantiti kecil dalam sesebuah komuniti dalam kawasan geografi yang tertentu sahaja.
Penggunaan Internet yang mana meliputi 24 jam sehari di merata dunia menjadikan perniagaan produk anda di minisite memberi peluang yang lebih cerah. Ini bermaksud anda dapat menyediakan perkhidmatan menjual produk selama 24 jam sehari berbanding pesaing yang mungkin mempunyai masa yang terbatas mengikut waktu perniagaan biasa. Tetapi dengan minisite, anda menjamin kebolehan anda dihubungi dan melayani pelanggan setiap jam dan masa. Hal ini adalah amat perlu dititikberatkan sekiranya anda mempunyai potensi pelanggan yang berlainan waktu atau zon masa dengan tempat anda berada dan mungkin juga pelanggan yang terlalu sibuk untuk membeli-belah pada waktu biasa yang anda tetapkan untuk urusan perniagaan penjualan produk tersebut.  Lantaran itu, pelanggan seperti yang dinyatakan di atas akan lebih menghargai dan menggunakan peluang untuk mencari produk dan membeli-belah sekiranya terdapat mana-mana kedai (dalam kes ini minisite) yang memberikan perkhidmatan selepas waktu bekerja.
Kepentingan seterusnya yang dapat anda perolehi daripada kaedah pemasaran menggunakan minisite ialah anda berpotensi menjana pendapatan daripada minisite selain daripada hasil jualan produk anda kepada pelanggan. Bagaimanakah caranya? Anda boleh menggunakan minisite untuk menjana pendapatan dengan menyediakan atau menyewakan ruang pengiklanan kepada mana-mana usahawan Internet yang mahu memasarkan produk atau servis mereka di Internet.
Walau bagaimanapun, anda harus berhati-hati sewaktu mengiklankan sesuatu di dalam minisite anda. Sebagai contoh, anda tidak digalakkan menyewakan ruang iklan di minisite anda kepada pesaing terus. Ini adalah penting kerana anda mungkin sahaja kehilangan pelanggan berpotensi disebabkan mereka memilih untuk membeli produk yang diiklankan oleh pesaing yang terdapat dalam iklan di minisite anda berbanding daripada mendapatkan produk anda.

Seorang pengiklan yang bijak dan mahir ialah seseorang yang menawarkan perkhidmatan penjualan produk atau servis yang tidak berkait rapat atau tidak ada kena mengena dengan produk anda tetapi menimbulkan minat kepada bakal pelanggan anda. Selain itu, perlu diingatkan supaya tidak meletakkan terlalu banyak iklan di dalam minisite anda kerana ia bukan sahaja menyemakkan minisite anda, malah anda mungkin akan menanggung kerugian akibat daripada kehilangan bakal pelanggan.

APAKAH SISTEM AUTOMINISITES
Tahukah anda ada satu perisian yang dapat memudahkan kerja-kerja anda membina minisite? Walaupun anda seorang newbie anda boleh hasilkan minisite professional dengan surat jualan yang “killer”. Maklumat lanjut klik di sini 



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

6 Web Untuk Mempersingkat Link/URL

Apakah anda suka dengan situs microblogging yang popular saat ini yaitu twitter ?. Kita bisa berbagi status layaknya sms dan juga bisa mencantumkan link disana. Hanya saja…kita tidak bisa mengupdate status kita terlalu panjang karena di Twitter kita hanya bisa mengupdate status sebanyak 160 karakter saja ( seperti sms ). Apalagi jika anda ingin memberikan link pada update status anda, bisa-bisa karakter yang tersedia tidak mencukupi, apalgi jika link yang anda cantumkan sangat panjang. Oleh karena itu, diperlukan sebuah bantuan dari pihak ketiga yang memberikan layanan untuk menyingkat url yang panjang menjadi lebih pendek atau singkat, yang biasa disebut dengan  URL shortener services . Kita semua suka untuk memberi dan berbagi link ini web pada website yang berbeda. Banyak sekali link web ini sangat panjang sehingga menjadi sangat sulit untuk dibagi dan bahkan jika satu huruf atau angka yang salah maka seluruh link yang akan berguna sebagai link tersebut tidak akan terbuka. Jadi

Tanggungjawab Suami Isteri Dalam Perkahwinan

  Islam telah meletakkan landasan yang jelas terhadap sesebuah ikatan  perkahwinan , iaitu pembinaannya mestilah di atas asas agama, bukannya nafsu semata-mata. Oleh itu,rumahtangga yang harmoni dan bahagia akan terbentuk melalui rasa tanggungjawab masing-masing dengan sempurna, kerana perkahwinan yang diikat melalui akad perkahwinan bertujuan membentuk peribadi dan mengajak pasangan tersebut supaya berkongsi pendapat, masa, cara hidup untuk sama-sama menunaikan tanggungjawab masing-masing kearah keluarga yang bahagia. Keluarga yang baik dan harmoni akan dapat melahirkan masyarakat yang baik juga, melalui proses pembentukan peribadi dan jiwa anak-anak, yang mana semua itu bermula daripada sebuah keluarga. Masyarakat dan negara tidak akan maju dan tidak sempurna jika ahli keluarga yang mendiami sesebuah negara itu pincang. Justeru itulah, rumahtangga yang aman dan harmoni dapat dicapai melalui kerjasama dan tanggungjawab yang baik sesama mereka, seperti berkasih sayang, saba

Cara Menghantar SMS Dengan Hanya Sekali KLIK Kepada Beribu Penerima

Salam sejahtera buat pembaca sekalian. Kali ni saya akan kongsikan kepada anda satu cara mudah dan ringkas bagi anda yang sedang menjalankan pelbagai jenis perniagaan iaitu dengan cara menghantar SMS. Ianya adalah salah satu cara anda mempromosikan produk anda dan cara menarik pelanggan mengetahui tentang produk yang anda miliki. Cara ini ringkas dan cepat dengan hanya sekali klik sahaja anda mampu menghantar ke semua pelanggan anda. Anda mungkin tidak percaya dengan sistem ini tapi percayalah hanya dengan satu klik anda mampu menghantar ke semua pelanggan dengan mudah.              Sebelum terlupa, saya ingin bagitahu kepada anda bahawa sistem ini adalah sistem BulkSMS . Apa itu bulk sms? 1)     Bulk SMS merupakan satu sistem yang digunakan untuk menghantar dan menerima pesanan ringkas (SMS), Khidmat Pesanan Multimedia (MMS), WAP Push, SMS/MMS Broadcast, Flash Message dan bermacam-macam lagi secara online . Selain itu bulk SMS juga dapat menghantar pesanan ringkas secara puk