Laman web ialah antara alat yang paling penting dan perlu dimiliki oleh
setiap freelancer yang bekerja dari rumah. Dan sekarang, memiliki sebuah domain
dot com sendiri bukan lagi satu kemahuan tetapi keperluan. Jika anda bekerja
bekerja dari rumah sebagai freelancer, mustahil anda akan keluar mempromosikan
produk dan perkhidmatan anda. Sudah pasti pilihan utama untuk menjalankan
perniagaan ialah melalui internet. Oleh itu, cara terbaik untuk mendapatkan
pelanggan ialah dengan membuat prospek itu sendiri datang mencari anda dengan
mewujudkan laman web perniagaan.
Harga untuk anda miliki sebuah domain lengkap dengan hosting juga boleh dikatakan murah. Di Malaysia sendiri sudah banyak penyedia hosting menawarkan harga serendah RM50 setahun. Anda hanya perlu rajinkan diri anda mencari perkhidmatan hosting menggunakan enjin carian seperti Google, Yahoo! dan MSN.
Tetapi mesti ramai yang mengeluh kerana terpaksa membayar yuran tahunan untuk kekalkan kewujudan domain dan laman web mereka. Dan saya tahu masih ramai yang gemar membina laman web dengan platform-platform laman web dan blog percuma seperti Blogger, WordPress.com, Tumblr, TypePad dan sebagainya. Tak perlu pun laburkan sehingga RM300 setahun untuk dapatkan domain dot com dan hosting tanpa had yang kononnya dianggap mahal berbanding domain yang boleh dimiliki secara percuma!
Tapi seelok-eloknya saya nasihatkan anda untuk tidak kedekut melabur sedikit wang demi perkembangan perniagaan di masa hadapan. Cuba fikirkan, berapa sangat yang anda perlu belanja setahun untuk memperbaharui langganan hosting dan domain dot com berbanding dengan keuntungan yang diperolehi dalam jangka masa panjang? Dan bukan sahaja domain dot com nampak professional tetapi membolehkan anda “memperagakan” nama perniagaan anda tanpa ada nama jenama lain bertenggek pada nama domain anda.
Jika ada firma atau orang perseorangan yang nak menggunakan khidmat seorang freelance writer, domain yang mana satu akan mereka klik dahulu?
Mungkin ada antara pembaca artikel ini masih baru berkenaan bekerja dari rumah dan kurang faham tentang kebaikan dan kelebihan menggunakan domain dot com sendiri. Saya akan kongsikan dengan anda tiga sebab utama kenapa anda perlu memiliki domain dot com sendiri:
1. Domain Dikawal Sendiri Sepenuhnya
Berbeza dengan domain percuma seperti Blogger dan WordPress.com, domain dot com sendiri membolehkan anda mengawal penggunaannya. Contohnya jika anda mahu gunakan domain itu untuk laman web statik atau HTML, anda hanya perlu muat naik fail dan segalanya siap. Sama juga jika anda nak gunakan CMS seperti WordPress.org, Joomla, Drupal dan OS Commerce.
2. Penjenamaan Perniagaan
Bayangkan jika anda memberi perkhidmatan katering majlis perkahwinan dan anda sudah mempunyai rangkaian pelanggan. Mereka pula ingin memperkenalkan perniagaan anda kepada rakan-rakan mereka secara online kerana servis anda sangat bagus. Kebetulan pula ada perniagaan lain yang namanya hampir sama dengan perniagaan anda. Bagaimana pelanggan nak pastikan yang mereka merujuk pada domain dot com yang betul? Itulah logiknya memiliki domain dot com sendiri agar anda boleh mendapat nama domain yang unik dan lain dari pesaing-pesaing anda.
3. Hak Milik Mutlak
Domain dot com di dalam Internet dilihat sebagai satu hak milik mutlak atau harta mutlak online anda jika ia didaftarkan atas nama anda atau nama perniagaan anda. Ia juga membezakan perniagaan anda dengan pesaing-pesaing anda. Dan jika anda ingin menjualnya semula ke dalam pasaran kerana perniagaan anda memerlukan nama lain disebabkan oleh kemajuan atau gabungan dengan perniagaan lain, anda yang akan mendapat keuntungan dari jualan domain tersebut. Ramai yang berjaya mengaut keuntungan berlipat ganda daripada jualan domain sahaja.
Bagaimana Memilih Domain Dot Com Sendiri?
1. Senaraikan Domain Dot Com Pilihan – Sediakan sekurang-kurangnya dua atau tiga pilihan domain
2. Semak Kewujudan Domain – Jika pilihan domain dot com pertama anda sudah dimiliki orang lain, cuba dapatkan domain pilihan kedua atau ketiga. Jika anda masih ingin memiliki domain yang sudah dimiliki, hubungi pemilik domain berkenaan dan berbincang dengan mereka.
3. Pilih Dengan Tepat – Domain yang anda akan beli melambangkan diri atau perniagaan anda. Selain itu, anda harus ambil kira penggunaan nama yang mudah diingati oleh pelanggan. Elak dari menggunakan tanda sempang (-), nombor (kecuali termasuk dalam nama perniagaan), ejaan pelik-pelik, atau yang tiada kaitan dengan identiti perniagaan atau identiti anda sendiri.
Disini saya menggalakkan anda untuk mendaftar domain dari NetKL kerana harganya murah dan berpatutan. Untuk maklumat lanjut sila Klik Disini.
Jika anda ada masalah memilih nama domain, anda boleh ajukan soalan di ruangan komen. InsyaAllah saya akan cuba jawab pertanyaan anda sebaik mungkin. Terima kasih.

Ulasan