Salam buat pembaca. Usahawan Internet (Internet Entrepreneur – IE -) adalah pemilik
bisnes yang meniagakan sesuatu produk di Internet. Mereka ini tidak semestinya
perlu melakukan usaha promosi sendiri-sendiri. Mereka mungkin menggunakan staf
sendiri atau freelancer. Atau dalam kata lain, mereka ini adalah usahawan
(tidak perlu disebut Internet di belakangnya).
Internet Marketer (pemasar internet) pula adalah mereka yang
melakukan sesuatu usaha promosi dan pemasaran di Internet, sama ada untuk
produk sendiri atau produk orang lain. Mereka ini biasanya pakar atau fokus
paling kurang pada satu teknik pemasaran.
Usahawan internet tidak semestinya
seorang Internet Marketer, tetapi
<!-- Teruskan membaca -->seorang Internet Marketer pula adalah seorang usahawan internet. Seseorang usahawan Internet boleh melakukan sendiri pemasaran di Internet, atau menggunakan khidmat oleh Internet Marketer yang lebih pakar dalam satu-satu teknik.
<!-- Teruskan membaca -->seorang Internet Marketer pula adalah seorang usahawan internet. Seseorang usahawan Internet boleh melakukan sendiri pemasaran di Internet, atau menggunakan khidmat oleh Internet Marketer yang lebih pakar dalam satu-satu teknik.
Usahawan internet biasanya tidak memfokus menjadi pakar
dalam satu-satu teknik promosi atau pemasaran, atau langsung tidak tahu.
Manakala Internet Marketer adalah sebaliknya. Mereka lebih kepada aktif dalam
aktiviti perniagaan.
Akibat daripada salah faham kebanyakan
orang, jika seseorang usahawan internet itu tidak pakar dalam satu-satu teknik
promosi (seperti SEO dan copywriting), lantas mereka dikatakan “tidak hebat”.
Bagi saya, perkara ini hanya berlaku dalam niche Internet Marketing (IM) sahaja
dan tidak dalam niche lain.
Jika dalam niche IM, sudah pasti
seseorang Internet Marketer itu perlu mahir walau tidak pakar sepenuhnya
terhadap topik yang dibicarakan. Berbeza dalam niche lain, teknik promosi,
pakar atau tidak, itu semua tidak akan diperbincangkan oleh orang lain terhadap
usahawan internet itu.
Manakala, tidak semua Internet Marketer
mampu mengajar atau membantu semua jenis usahawan. Ada Internet Marketer yang
GAGAL dalam menjual produk fizikal, tetapi hebat dalam menjual produk digital,
atau mengenai niche kepakaran mereka.
Kesimpulan
Usahawan Internet adalah mereka yang
lebih fokus kepada penjualan, membina empayar bisnes, keuntungan dan pengurusan
perniagaan. Manakala Internet Marketer lebih fokus kepada pencarian dan
pemerkasaan (menjadi pakar) dalam satu-satu teknik Internet Marketing.
Usahawan Internet tidak perlu menjadi
pakar dalam satu-satu cara promosi, sebaliknya hanya perlu melakukan perkara
yang betul dan berkesan. Internet Marketer lebih banyak menghabiskan masa
untuk menghasilkan satu formula pemasaran yang berkesan, manakala usahawan
pula hanya perlu menggunakan formula yang telah siap sahaja.
|
Ulasan