Salam sejahtera buat pembaca. Harap anda
sihat sentiasa. Dalam laman ini saya akan kupaskan kepada anda Setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga pasti
mengharapkan satu ikatan perkahwinan yang bahagia dan kekal hingga ke akhir hayat.
Berkahwin
itu mudah, tetapi untuk mengekalkan
sesuatu hubungan itu amatlah sukar. Oleh itu amatlah penting bagi anda berusaha
mencapat dan mengekalkan kebahagiaan dalam rumahtangga.
Ada banyak factor yang membawa kebahagian
dalam keluarga. Selain daripada perhatian dan kasih sayang, masakan juga
memainkan peranan penting dalam menyimpul kasih. Oleh itu, isteri kena
menyediakan pelbagai resepi yang lazat untuk memikat hati suami dan keluarga.
Kalau
bercakap pasal resepi ini biasanya kita akan gunakan sukatan cawan, sudu atau
sukatan gram. Jadi janganlah rasa pelik dengan resepi yang saya berikan kepada
anda disini. Resepi ini saya hanya berikan kepada anda sebahagian sahaja jika
anda hendak lagi. Nanti duluuuu..
Bahan-bahannya:
1)
2 kg penuh pegangan teguh kepada Tuhan dan ajaran agama kita.
2)
1 kg rasa cinta dan kasih yang sentiasa membara.
3)
1 kg rasa kesyukuran dan ketakwaan.
4)
4 cawan rasa tanggungjawab.
5)
3 cawan daya penambat hati (appeal, daya tarikan termasuk penawar
dan pelembut hati ).
6)
2 cawan penuh puji-pujian, kemesraan dan gurau senda.
7)
2 cawan pati kemanusiaan.
8)
2 cawan keyakinan diri masing-masing, dorongan dan sokongan.
9)
1 cawan perasaan bertimbang rasa.
Ni je resepi yang dapat saya bagi buat
sementara ini. Ketahuinya di laman yang akan datang.
Disini juga saya sediakan kepada anda
Ulasan